Monday, 23 April 2012

23 April 2012

Ayuh berkongsi Ilmu


Bahasa Formal dan Tak Formal

Bahasa Formal seperti bahasa baku, bahasa Diraja atau bahasa Istana.
Bahasa tak Formal seperti bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.

Kedua-dua bahasa formal dan tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

sumber:
http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm

Friday, 20 April 2012

20 April 2012

Ayuh Berkongsi Ilmu

Variasi Bahasa
Maksud: Kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

i) Dialek
- Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatu kelompok masyarakat walaupun ada pembahagian geografi.

ii) Idiolek
- Variasi yang khusus dengan individu.
- Merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
-Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
- Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. 

sumber:
http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm

Thursday, 19 April 2012

19 April 2012

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Perhatikan gambar di atas, bahasa rojak bukan sekadar berlaku melalui lisan malah berlaku juga dalam iklan dan nama sesebuah permis. Kita dapat perhatikan warong merupakan salah satu perkataan yang asalnya daripada perkataan bahasa Melayu manakala members yang membawa maksud ahli merupakan perkataan yang asalnya daripada bahasa Inggeris.

           Dalam memilih nama bagi sesebuah permis, seseorang peniaga perlulah bijak dalam menggunakan bahasa agar kita tidak akan dipandang hina oleh masyarakat yang datang di negara kita kerana tidak pandai memalihara bahasa kita sendiri iaitu bahasa Melayu.                                                                                          

Wednesday, 18 April 2012

18 April 2012

Bahasa Baku

Bahasa baku merupakan satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dari segi bentuk dan fungsi bahasa.

Ahli linguistik Einar Haugen berpendapat bahawa bahasa baku ini merupakan salah satu loghat yang paling betul bagi sesuatu bahasa..

Bahasa Baku mempunyai ciri-ciri tertentu antaranya seperti;
i) dikodfikasikan
ii) baik dari segi ejaan
iii) baik dari segi tatabahasa

 Bahasa baku juga mempunyai fungsi-fungsi tetentu antaranya ialah;
i) unsur penyatu- digunakan oleh orang-orang yang terdiri daripada pelbagai loghat.
ii) unsur pemisah- memisahkan bentuk bahasa baku daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu.
iii) pemberi prestij- digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu seperti dalam urusan rasmi.

Tuesday, 17 April 2012

17 April 2012

Dialek

Dialek ialah  satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah dan lain-lain.

Antara contoh dialek boleh diperhatikan seperti di bawah;

Bahasa Melayu Baku: Apa Khabar?
Kelantan: Apo kaba?
Melaka: Apa kabau?
Negeri Sembilan: Apo koba?
Sarawak: Apa khaba?
Sabah: Apa kabar?

Dari sini kita dapat perhatikan bahawa setiap negeri mempunyai dialek yang berbeza iaitu melalui sebutan mereka. Walaupun dialek mereka berbeza namun sesuatu perkataan yang disebut tidak membawa makna yang berbeza.

Monday, 16 April 2012

16 April 2012

Bahasa Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa dan negara secara unik.

Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang serta ditetapkan sebagai kerajaan negara tersebut.

Sesetengah negara mempunyai lebih daripada satu bahasa kebangsaan seperti kanada yang menggunakan dua bahasa kebangsaan iaitu bahasa perancis dan bahasa Inggeris.

Kebiasaannya bahasa kebangsaan lebih kurang sama dengan bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat negara tersebut.

Monday, 9 April 2012

9 April 2012

Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

Bahasa rasmi juga dikatakan sebagai bahasa yang semata-mata yang dianggap alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi.

Contohnya, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum.