Sudah tiga tahun saya berada di Tg. Malim. Antara isu bahasa yang ingin saya timbulkan ialah nama yang diberikan bagi sesebuah kawasan iaitu "Proton City". Jika kita perhatikan di sini, perkataan "Proton" merupakan ungkapan bahasa Melayu manakala perkataan "City" merupakan perkataan yang terdapat dalam bahasa Inggeris.
Jadi, nyata di sini pencemaran bahasa telah berlaku iaitu bahasa Rojak. Kenapa harus "Proton City" dan kenapa tidak "Bandar Proton".
Antara salah satu faktornya ialah sikap masyarakat yang hanya mementingkan kesedapan dalam penggunaan sesuatu perkataan dan tidak mementingkan kesahihan dalam memilih sesuatu perkataan.
Wednesday, 25 April 2012
Tuesday, 24 April 2012
24 April 2012
Ayuh berkongsi ilmu.
Bahasa Basahan
- Disebut juga sebagai bahasa kolokial.
- Za'ba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.
- merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.
-terdapat tiga perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan.
i) Perkataan berbeza untuk makna serupa.
Bahasa baku: mengapa
Bahasa basahan: Kenapa
ii) Bentuk kependekan
Bahasa baku: hendak
Bahasa basahan: Nak
iii) Perubahan bunyi
Bahasa baku: ambil
Bahasa basahan: ambik

sumber:
http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm

Monday, 23 April 2012
23 April 2012
Ayuh berkongsi Ilmu
Bahasa Formal dan Tak Formal
Bahasa Formal seperti bahasa baku, bahasa Diraja atau bahasa Istana.
Bahasa tak Formal seperti bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
Kedua-dua bahasa formal dan tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.
sumber:
http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm
Bahasa Formal dan Tak Formal
Bahasa Formal seperti bahasa baku, bahasa Diraja atau bahasa Istana.
Bahasa tak Formal seperti bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
Kedua-dua bahasa formal dan tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.
sumber:
http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm
Friday, 20 April 2012
20 April 2012
Ayuh Berkongsi Ilmu
Variasi Bahasa
Maksud: Kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
i) Dialek
- Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatu kelompok masyarakat walaupun ada pembahagian geografi.
ii) Idiolek
- Variasi yang khusus dengan individu.
- Merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
-Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
- Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htmThursday, 19 April 2012
19 April 2012
Dalam memilih nama bagi sesebuah permis, seseorang peniaga perlulah bijak dalam menggunakan bahasa agar kita tidak akan dipandang hina oleh masyarakat yang datang di negara kita kerana tidak pandai memalihara bahasa kita sendiri iaitu bahasa Melayu.
Wednesday, 18 April 2012
18 April 2012
Bahasa Baku
Bahasa baku merupakan satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dari segi bentuk dan fungsi bahasa.
Ahli linguistik Einar Haugen berpendapat bahawa bahasa baku ini merupakan salah satu loghat yang paling betul bagi sesuatu bahasa..
Bahasa Baku mempunyai ciri-ciri tertentu antaranya seperti;
i) dikodfikasikan
ii) baik dari segi ejaan
iii) baik dari segi tatabahasa
Bahasa baku juga mempunyai fungsi-fungsi tetentu antaranya ialah;
i) unsur penyatu- digunakan oleh orang-orang yang terdiri daripada pelbagai loghat.
ii) unsur pemisah- memisahkan bentuk bahasa baku daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu.
iii) pemberi prestij- digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu seperti dalam urusan rasmi.

Tuesday, 17 April 2012
17 April 2012
Dialek
Dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah dan lain-lain.
Antara contoh dialek boleh diperhatikan seperti di bawah;
Bahasa Melayu Baku: Apa Khabar?
Kelantan: Apo kaba?
Melaka: Apa kabau?
Negeri Sembilan: Apo koba?
Sarawak: Apa khaba?
Sabah: Apa kabar?
Dari sini kita dapat perhatikan bahawa setiap negeri mempunyai dialek yang berbeza iaitu melalui sebutan mereka. Walaupun dialek mereka berbeza namun sesuatu perkataan yang disebut tidak membawa makna yang berbeza.

Subscribe to:
Posts (Atom)