Friday, 4 May 2012

4 Mei 2012

Berdasarkan daripada pendedahan yang telah diberikan oelh Puan Husna berkaitan dengan sosiolinguisti, saya mendapati bahawa sosiolinguistik ini merupakan salah satu cabang yang memerihalkan perlakuan bahasa dalam perhubungan sosial atau hal-hal yang melibatkan sosial seperti komunikasi, hal-hal pentadbiran dan sebagainya.

Dalam komunikasi, pelbagai bahasa yang sering diguna pakai dalam masyarakat antaranya seperti bahasa slanga, bahasa pasar, bahasa rojak dan sebagainya. Bahasa Slanga lebih dominan diguna pakai dalam kalangan remaja yang mana bahasa ini sering menunjukkan perubahan dari semasa ke semasa. Bahasa pasar pula sering digunakan dalam kalangan orang yang berbangsa cina terutamanya dalam urusniaga. Begitu juga dengan bahasa rojak yang sering digunakan pakai oleh golongan yang tinggal di kawasan bandar atau golongan yang lebih berpendidikan.

Kursus sosiolinguistik telah banyak memberi pendedahan kepada saya dalam menggunakan bahasa terutamnya ketika berkomunikasi. Sekiranya kursus ini tidak didedahkan atau diterapkan dalam diri saya beekemungkinan saya tidak akan mengerti tentang perkara yang disebut pencemaran bahasa.

Thursday, 3 May 2012

3 Mei 2012

Bahasa Pidgin

Pidgin juga dikenal sebagai bahasa pasar. Bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.Bahasa pasar merupakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa ibunda dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya.

Bahasa pasar atau pidgin tidak mempunyai sistem tatabahasa yang tertentu.Maksudnya bahasa pasar tidak gramatis sifatnya jika dibanding dengan bahasa baku. Penutur bahasa pasar menggunakan kata-kata dalam Bahasa Melayu dengan dicampur aduk dengan bahasa asing, iaitu bahasa ibunda penutur itu. Jika penutur itu orang Cina, maka kata-kata daripada bahasa Cina dicampuradukkan dengan bahasa Melayu. Lazimnya kata-kata bahasa Melayu dicampuradukkan dengan kata bahasa asing dan mengucapkannya mengikut struktur ayat bahasa asing.

Selain itu jika dilihat melalui aspek intonasi atau lagu bahasa juga, didapati aka nada sedikit pengaruh oleh intonasi bahasa asing seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, Bahasa Benggali, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Menurut Za’ba, gaya yang dipakai ketika orang-orang Melayu bercakap sama-sama Melayu dinamakan “Gaya cakap mulut sahaja”.


Contoh penggunaan:

(a) You free tak malam ni?
You datanglah my house and kita boleh study sama. Family I tak de so u boleh temankan I kat umah
.
(b) Lu mau beli ikan ke?. Ini ikan cukup baik le. Lu beli manyak-manyak. Lu pilih dulu cali beto-beto baik punya. Wa cakap beto, wa tak tipu lu la,manyak mulah oi. 

(c) Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca. Hari-hari dia sekolah pagi. Dia naik itu api kereta.

Wednesday, 2 May 2012

2 Mei 2012

Bahasa Merajuk


Merajuk membawa maksud kecil hati atau terasa hati dengan kata-kata atau perlakuan seseorang. Akibatnya, kita akan menyepi dan menyendiri agar tidak diganggu oleh orang lain. Apabila merajuk banyak bahasa yang digunakan antaranya Tak apalah, siapalah saya, untunglah, macam ini awak buat pada saya dan sebagainya.


Cara untuk memahami seseorang itu menggunakan bahasa merajuk amatlah mudah iaitu kita boleh mengenalpastinya dengan mudah melalui tingkah laku dan ucapan dengan nada yang kecewa.



Tuesday, 1 May 2012

1 Mei 2012

 

Berdasrkan video di atas apa yang anda dapat perkatakan?

Melalui video di atas dapat diperhatikan bahawa bahasa baku dicampurkan penggunaannya dengan bahasa slanga. Percampuran bahasa ini digunakan pula kepada orang yang telah berumur yang tidak mengambil kira perkembangan bahasa pada masa ini.

Walaupun komunikasi yang berlaku dalam video ini membabitkan teknologi, ketidakfahaman komunikasi dua hala berlaku iaitu antara orang yang berada dalam usia remaja dengan orang yang telah berumur. 

Jadi, dapat dikatakan di sini bahawa ketika berkomunikasi seelok-eloknya bahasa rojak seperti ini dielakkan. Tujuannya adalah untuk mencapai hasrat komunikasi seseorang. Pemakaian bahasa baku adalah jalan yang terbaik untuk digunakan dalam tujuan apa-apa pun.