Berdasarkan daripada pendedahan yang telah diberikan oelh Puan Husna berkaitan dengan sosiolinguisti, saya mendapati bahawa sosiolinguistik ini merupakan salah satu cabang yang memerihalkan perlakuan bahasa dalam perhubungan sosial atau hal-hal yang melibatkan sosial seperti komunikasi, hal-hal pentadbiran dan sebagainya.
Dalam komunikasi, pelbagai bahasa yang sering diguna pakai dalam masyarakat antaranya seperti bahasa slanga, bahasa pasar, bahasa rojak dan sebagainya. Bahasa Slanga lebih dominan diguna pakai dalam kalangan remaja yang mana bahasa ini sering menunjukkan perubahan dari semasa ke semasa. Bahasa pasar pula sering digunakan dalam kalangan orang yang berbangsa cina terutamanya dalam urusniaga. Begitu juga dengan bahasa rojak yang sering digunakan pakai oleh golongan yang tinggal di kawasan bandar atau golongan yang lebih berpendidikan.
Kursus sosiolinguistik telah banyak memberi pendedahan kepada saya dalam menggunakan bahasa terutamnya ketika berkomunikasi. Sekiranya kursus ini tidak didedahkan atau diterapkan dalam diri saya beekemungkinan saya tidak akan mengerti tentang perkara yang disebut pencemaran bahasa.