Sememangnya laman sesawang facebook menjadi laman sesawang yang selalu saya langgani ketika masa lapang. Sedang asyik melayari laman sesawang ini, saya terpandang satu gambar yang dipaparkan oleh salah seorang rakan facebook saya yang bernama solihin. Gambar ini membabitkan penyalahgunaan bahasa. Ini dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah;
Apakah pendapat anda tentang gambar ini?
Ayat yang tertera dalam gambar ini ialah "Boleh kami bantu anda". Ayat ini merupakan ayat tanya. Wajar atau tidak ayat seperti ini digunakan di mana-mana kaunter pertanyaan atau dalam peruntukan pengiklanan?
Bagi saya ayat yang digumakan ini tidak sesuai digunakan untuk tujuan pemujukan. Dalam penggunaan ayat seperti ini untuk tujuan pemujukan seolah-olah akan membuatkan masyarakat merasa tidak selesa kerana mereka lebih beranggapan bahawa mereka sedang diperli atau dipulaukan.
Jadi, lagi baik sekiranya ayat tersebut ditukarkan kepada "Kami sedia membantu" kerana ini lebih mesra dan mampu menjaga perasaan manusia yang hadir di sekelilingnya.