Monday, 30 April 2012

30 April 2012

Perancangan Bahasa

Perancangan merujuk kepada usaha-usaha yang disengajakan untuk mempengaruhi tingkah laku orang lain dari segi pemerolehan, struktur atau peruntukan fungsi bahasa. Biasanya, ia akan membabitkan perkembangan matlamat, objektif dan strategi untuk mengubah cara bahasa digunakan. Pada peringkat kerajaan, perancangan bahasa mengambil bentuk dasar bahasa. Banyak negara mempunyai badan kawal atur bahasa yang ditugasi secara khusus untuk merumuskan dan melaksanakan dasar-dasar perancangan bahasa.

Istilah perancangan bahasa sering dikatakan dengan konteks dunia ketiga dan dilihat sebagai suatu alat untuk mengasaskan bahasa kebangsaan piawai sebagai sebahagian proses pemodenan dan pembangunan negara.

Perancangan bahasa boleh dibahagikan kepada tiga sub-dimensi;

i) Perancangan korpus- campur tangan dalam bentuk-bentuk sebuah bahasa. Contohnya mencipta kata-kata atau ungkapan-ungkapan baru.

ii) Perancangan status- Usaha-usaha untuk memperuntukkan fungsi-fungsi bahasa dan kenal huruf di dalam sebuah komuniti pertuturan. Ini akan menghasilkan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan sebagainya.

iii) Perancangan pemerolehan- Berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak kira sama ada bahasa kebangsaan mahupun bahasa kedua atau bahasa asing.