Tepat jam 12 tengah hari saya bersiap untuk pergi ke kedai komputer. Tujuan saya ke sini adalah untuk membeli bahan simpan maklumat atau lebih dikenali sebagai "pendrive". Masuknya saya melalui pintu hadapan kedai itu maka berlakulah beberapa perbualan antara saya dengan salah seorang jurujual yang bekerja di situ.
Jurujual: Adik, mahu cari apa?
Aku: saya mahu cari "pendrive".Jurujual: Oh, ada..ada..mari sini saya tunjuk.
Aku: (pergi mengikuti jurujual tersebut)
Jurujual: Ini dia "pendrive". Mahu berapa GB punya?
Aku: Saya mahu yang 8 GB punya. Berapa harga?
Jurujual: 8 GB ya..8 GB..RM25 sahaja..
Aku: RM25? tak boleh kurang ka?
Jurujual: tak boleh dah. Ini "pendrive" sangat-sangat baik...
Aku: (putus asa. segera mengeluarkan duit untuk mendapatkan "pendrive" tersebut..)
Berdasarkan perbualan antara saya dengan jurual di atas, dapat dilihat bahawa kami berdua berurus niaga dengan menggunakan bahasa pasar. Perasan atau tidak? ?
Persoalannya, perlu atau tidak kita kuasai bahasa pasar ini?
Saya menerima sewajarnya bahawa penggunaan bahasa pasar dalam kalangan masyarakat Melayu boleh menyebabkan pencemaran bahasa. Namun begitu, bagi saya penggunaan bahasa pasar sememangnya perlu untuk kita kuasai. Kenapa saya katakan sedemikian?
Seperti yang kita semua sedia maklum, bangsa cina bukanlah penutur asli Bahasa Melayu dan mereka tidak dapat menguasai sepenuhnya penggunaan bahasa Melayu baku. Jadi, sekiranya kita berkomunikasi dengan mereka dengan menggunakan bahasa Melayu baku secara terperinci, berkemungkinan terdapat bahagian yang mungkin tidak dapat difahami oleh mereka terutamanya bagi mereka yang kurang berpendidikan. Disebabkan ini komunikasi antara kita dengan mereka akan terbantut. Oleh itu, penggunaan bahasa pasar ini adalah perlu untuk mengatasi masalah sedemikian.
No comments:
Post a Comment