Friday, 27 April 2012

27 April 2012

Siapa yang biasa menggunakan bahasa rojak? Golongan profesional atau tidak profesional.

Baru-baru ini, saya ke Fakulti dan terdengar perbualan antara seorang pensyarah dengan anak muridnya yang mengambil master. Dalam perbualan mereka banyak menggunakan percampuran bahasa antaranya bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu.

Begitu juga di luar yang melibatkan golongan pekerja koperat atau syarikat terkemuka. Saya terdengar perbualan mereka di kedai makan yang juga turut menggunakan bahasa rojak.

Antara perkataan bahasa inggeris dan bahasa Melayu yang sering dicampuradukkan ialah I, you, Today, tomorrow, rasa, kawan, dan sebagainya.

Jadi jelas di sini bahawa golongan profesional antara yang sering menggunakan bahasa Rojak dalam komunikasi.

No comments:

Post a Comment