Friday 27 April 2012

26 April 2012

Siapakah yang sering menggunakan bahasa Slanga? Golongan Profesional atau tidak profesional.

Walaupun saya merupakan seorang penuntut Universiti, namun saya juga pernah membuat kerja sambilan di Gedung Eng Hong, KFC Palm Beach dan juga Isuzu Hicom. Kebiasaannya, dalam kerja seperti ini kebanyakannya pekerja terdiri daripada golongan yang berumur antara 18 hingga 28 tahun.

Semasa di Universiti, gaya pergaulan saya dengan rakan-rakan amat beradab dan bersopan. Akan tetapi apabila saya masuk ke dalam kelompok seperti yang dinyatakan di atas, saya terpaksa mengubah akan tingkah laku dan gaya perbualan dengan rakan-rakan. Dalam menggunakan kata ganti nama diri, tiada istilah saya atau awak tetapi dalam perbualan untuk memperkenalkan diri atau menyapa seseorang saya terpaksa mengikut golongan majoriti yang menggunakan sesuatu bahasa dan dalam kelompok ini antara bahasa majoriti yang digunakan ialah bahasa slanga.

Antara ungkapan-ungkapan yang sering digunakan ialah gua, der, lu, geng dan sebagainya. Jadi dapat dikatakan di sini bahawa antara golongan majoriti yang menggunakan bahasa Slanga ini ialah golongan yang tidak profesional dalam pendidikannya.

No comments:

Post a Comment